top of page

MAJALAH

rasam

Search
Writer's picturemixmalaysianpublic

Dalamkah pemahaman anda tentang perayaan kaum Minangkabau?


 

Kaum Minangkabau juga salah satu kaum yang mempunyai perayaan, tetapi mereka lebih kepada menyambut upacara kerana perayaan mereka sama seperti masyarakat kita di Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidillfitri d

an Hari Raya Aidilladha. Hal ini kerana kaum Minangkabau juga adalah penganut agama Islam.


Kaum Minangkabau ini amat mementingkan adat mereka kerana pada mereka adat ini adalah melambangkan kesetiaan mereka kepada kaum mereka itu sendiri. Mereka adalah salah satu puak yang mana sanggup berlawan demi mempertahankan kaum mereka. Hal ini amat sesuai dengan pepatah mereka “BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT”. Antara upacara yang menjadi keutamaan mereka adalah :

Balimau

Balimau adalah satu upacara mandi menggunakan limau (jeruk limau nipis). Biasanya upacara ini dilakukan di daerah – daerah yang memiliki sungai atau tempat pemandian. Tujuan daripada upacara ini adalah sesuai dengan ajaran islam, kerana membersihkan diri dengan lebih khusus sebelum memasuki bulan Ramadhan. Limau digunakan untuk membersihkan tubuh dari minyak dan keringat.  


Sebenarnya, perempuan tidak perlu mengikuti upacara mandi di sungai, kerana tidak boleh bercampur dengan lelaki. Tetapi sekiranya tempat mandian itu ditutup daripada penglihatan kaum lelaki, kaum perempuan boleh mengikuti upacara ini sama seperti apa yang dilakukan oleh kaum lelaki. Namun disebabkan oleh perubahan zaman, upacara ini masih utuh di amalkan, Cuma lelaki dan perempuan bermandi di sungai beramai – ramai pada upacara ini.


Makan Bajamba

Makan bajamba ini adalah makan beramai, iaitu makan bersama yang dilakukan oleh masyarakat Minangkabau. Mereka akan duduk beramai – ramai di sebuah tempat yang telah di tentukan oleh pihak penganjur. Upaca ini adalah bertujuan untuk memunculkan rasa kebersamaan dan tidak memandang status atau pangkat. Selain dari itu, untuk memupuk dalam diri masyarakat mereka untuk saling mengenali, bertegur – sapa untu mengeratkan hubungan silaturahim antaran mereka.


Makan bejamba dilakukan pada hari – hari besar agama Islam, ketika ada pesta adat mereka, ketika ada pertemuan penting, dan dalam kesemua upacara adat kaum Minangkabau. Kita boleh bersama – sama meraikkan bersama mereka untuk merasa pengalaman yang belum tentu dirasa oleh semua orang.   

537 views0 comments

Comments


bottom of page