Makanan bagi kaum Minangkabau bukanlah sesuatu menu yang asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana pemakanan bagi kaum Minangkabau telah lama berada di sini. Makanan mereka tidak asing lagi kerana dalam masakan mereka pasti akan merasai kepedasan yang menyebabkan menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Ada sebilangan peminat tegar makanan Minangkabau, akan ke Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Rembau, bahau dan sebagainya hanya untuk merasai rasa asli dari kaum tersebut.
Makanan kaum Minangkabau ini tidaklah terlalu berbeza dengan masyarakat kita, Cuma keunikkanya adalah pedas menyebabkan ianya mendapat perhatian dalam kalangan ramai masyarakat tempatan. Antara makanan menjadi pilihan masyarakat Malaysia ialah:
Satay Minang / Satay Padang
Satay Minang pada asalnya merupakan masakan Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Memandangkan masyarakat Negeri Sembilan kebanyakannya dikalangan orang Minang, jadi tidak hairanlah bagaimana makanan ini boleh sampai ke negeri beradat ini. kebanyakan masyarakat lebih mengenali dengan nama Satay Minang tetapi di Sumatera Barat, satay ini dikenali dengan nama Satay Padang.
Kuah satay ini bukannya kuah kacang yang biasa kita makan, kuah ni agak pedas dan rasanya seakan-akan seperti kuah soto. Daging satay direbus terlebih dulu sebelum dicampur perapan dan dibakar. Daging berbeza kerana dipotong nipis sebelum diperap dan dicucuk lidi satay selain tiada lemak.
Rendang merupakan masakan yang dibuat dari daging sapi yang dimasak dalam santan. Daerah yang dekat dengan pantai seperti Padang akan memakai lebih banyak santan bila dibandingkan dengan daerah pegunungan. tetapi kari tidak tahan lama, sehingga kaum Minang lakukan proses lebih lanjut berupa pengeringan kuah sehingga masakan lebih tahan lama, yang kemudian dikenal dengan nama rendang.
Rendang adalah hidangan yang wajib disajikan dalam setiap perhelatan istimewa, seperti berbagai upacara adat Minangkabau, kenduri, atau menyambut tamu kehormatan. Rendang memiliki makna musyawarah dan mufakat yang berasal dari empat bahan pokok yang melambangkan keutuhan masyarakat Minang. Dagiang atau daging sapi merupakan lambang dari Niniak Mamak yang adalah para pemimpin Suku adat, karambia atau kelapa merupakan lambang Cadiak Pandai yang adalah kaum intelektual, lada atau cabai merupakan lambang Alim Ulama yang pedas dan tegas untuk mengajarkan syariat agama, serta pemasak atau bumbu merupakan lambang dari keseluruhan masyarakat Minangkabau.
Comments