top of page

MAJALAH

rasam

Search

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MINANGKABAU YANG UNIK

Writer: mixmalaysianpublicmixmalaysianpublic

Minangkabau memiliki permainan tradisionalnya yamg tersendiri. Memang setiap kaum pasti memiliki permainan khas tradisionalnya masing-masing, Permainan tradisional Minangkabau ini menarik, unik dan bermanfaat juga untuk kesihatan. Pelbagai permainan tradisional yang diwariskan secara turun temurun. Namun, seiring budaya masyarakat sekarang, permainan ini sudah jarang ditemukan. Berikut beberapa permainan tradisional Minangkabau.


Yang pertama adalah sipak rago atau lebih dikenali sebgai sepak raga. Permainan ini dulunya sangat popular di daerah Minangkabau. Banyak yang mengatakan bahawa sipak rago inilah asal mula dari sepak takraw. Sipak rago ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki. Permainannya akan membentuk lingkaran lalu menyepak bola tersebut. Bola tersebut dibuat daripada anyaman kulit rotan atau daun kelapa.


Seterusnya, randai. Randai adalah seni teater ala Minangkabau yang memiliki pelbagai perananan dan nyanyian pengiring. Ianya mengunakan tarian dan seni silat yang digerakkan oleh pemain. Permainan Randai dilakukan dengan membentuk lingkaran kemudian melangkah secara perlahan, sambil menyampaikan cerita dalam nyanyian secara bergantian, dengan diselangi dengan gerakan tarian. Cerita Randai biasanya diambil dari cerita kehidupan bermasyarakat. Randai bertujuan untuk pertujukan, hiburan, menyampaikan pesan moral, nasihat dan pendidikan.


Pacu Upiah adalah permainan yang dimainkan oleh dua orang atau lebih. Permainan ini mengandungi banyak nilai-nilai murni seperti sikap tolong menolong dan bertolak ansur. Upiah merupakan lembaran dari pelepah pohon pinang yang sudah tua yang dijadikan sebagai alat yang dipergunakan dalam permainan ini. Permainan ini dimainkan secara bergantian, sampai semua pemain mendapat giliran untuk duduk diatas lembaran daun pinang tersebut.


Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah Minang (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi. Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan di Malaysia.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Artifact. Proudly created with Wix.com

bottom of page