top of page

MAJALAH

rasam

Search

HIDANGAN ISTIMEWA

Writer: mixmalaysianpublicmixmalaysianpublic

Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Dari segi aspek kepelbagaian makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi pemangkin perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Makanan tradisional juga merupakan makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut.


Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan asasi bagi masyarakat di Malaysia. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan.


Sehubungan dengan itu, nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai menu sarapan pagi dan digandingkan bersama kopi o’ memang terasa kenikmatannya. Malahan, ianya turut dipelopori oleh kaun Cina dan India. Nasi lemak ini juga kebiasaannya dihidangkan dengan telur, timun, kacang goreng, ikan bilis goreng dan juga sambal tumis. Nasi lemak juga telah dikenali di serata dunia. Tetapi pada kini nasi lemak juga turut dijadikan hidangan pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi makanan tradisi bagi masyarakat melayu dan kaum India dan Cina juga tidak ketinggalan untuk mencuba makanan Melayu. Antaranya ialah lemang, rendang, kuih bahulu, roti jala, sate, otak-otak, laksa, lontong, soto, dodol dan banyak lagi. Selain itu, Malaysia juga kini dikenali sebagai ‘syurga makanan’ di mana terdapat pelbagai makanan yang menepati dengan selera pelbagai kaum yang terdapat di negara ini.


Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai makanan yang di perkenalkan oleh negara barat. Generasi kini yang suka mencuba sesuatu yang baru bakal menjadi punca dengan melupakan makanan tradisi yang telah di perkenalkan oleh nenek moyang kita. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai festival makanan tradisional yang dapat memperkenal kan kepada generasi baru.


 Mengekalkan makanan tradisi dari zaman ke zaman agar tidak dilupakan oleh generasi baru dengan cara mendedahkan pelbagai resipi tradisi kepada umum dengan pelbagai cara yang efektif seperti di media sosial dan website. Selain dari itu, buat sedikit inovasi pada makanan tetapi dengan mengekalkan unsur tradisi agar dapat menarik minat orang ramai. Terdapat berbagai jenis makanan yang telah di inovasikan dan sedikit penambahbaikan pada makanan yang boleh diterima ramai. Ianya masih lagi mengekalkan unsur tradisi agar ia tidak ditelan zaman.


Setiap makanan mempunyai simbol dan cerita disebalik nama. Contohnya seperti botok-botok. Botok-botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka terdapat beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak dan pelbagai rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk dijadikan botok-botok ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa dikatakan terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding, daun teh, pucuk buas, pucuk kaduk, daun semanggkuk, pucuk betik dan juga pucuk ubi.


Makanan tradisi melayu menjadi perhatian ramai oleh kaum Cina dan India. Gabungan kaum Melaya, Cina dan India berjaya meyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Seperti yang dapat diperhatikan, masyarakat dinegara ini sering menghabiskan masa di meja makan sebagai aktiviti.  Ketiga kaum ini sentiasa kreatif dan berganding bahu dalam mencuba masakan baru dengan menggabungkan resipi tradisi  budaya masing-masing. Dari situlah terhasilnya nasi ayam, mee goreng mamak, yong tau fu dan lain-lain.


Malaysia memilik aset yang paling berharga dari segi kepelbagaian makanan yang bukan sahaja dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan bahkan turut menarik keperhatian dari pelbagai sektor ekonomi.

 
 
 

コメント


© 2023 by The Artifact. Proudly created with Wix.com

bottom of page