Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan, dan makanan yang tersendiri begitu juga dengan masyarakat Melanau. Masyarakat Melanau terkenal dengan makanan tradisionalnya seperti umai, keliseh, pipuih, dan sebagainya. Namun, masyarakat ini juga mempunyai pantang larang dalam pemakanannya. Ia terbahagi kepada dua iaitu pantang larang yang bersifat sementara dan tetap. Ini adalah kerana masyarakat Melanau menganggap pantang larang ini mempunyai nilai dari segi kesihatan. Pengikraran terhadap pantang larang ini boleh menyebabkan mereka ditimpa malepetaka,atau terkena penyakit yang sukar diubati. Malahan, ia juga bertujuan menghindarkan diri daripada terkena sumpahan atau terkena buatan makhluk halus. Pantang larang ini adalah untuk melahirkan manusia yang sejahtera bukannya untuk menghalangnya.
Pantang larangan makanan
Masyarakat Melanau mempunyai banyak pantang larang yang diperturunkan sejak zaman berzaman. Ianya dikenakan pada waktu tertentu seperti waktu sakit ataupun semasa bersalin. Terdapat dua jenis pantang larang makanan seperti pantang larang tetap dan sementara. Ianya boleh dianggap seperti peraturan yang mengawal perlakuan mereka.
Pantang larangan tetap ialah dimana tidak dibenarkan makan walau dalam keadaan apapun menhgikut warisan atau keturunan. Ianya diwarisi sejak nenek moyang dan masih diamalkan sehingga kini. Sekiranya dilanggar dikhuatiri akan ditimpa malepetaka seperti hilang akal atau menghidap penyakit yang sukar didapati. Contohnya, sebahagian masyarakat Melanau di Mukah tidak boleh memakan ikan yu, daging rusa, burung pegam, dan sebagainya. Ianya mungkin disebabkan kejadian yang pernah menimpa nenek moyang mereka.
Namun, ianya berbeza antara lelaki dan perempuan. Kaum perempuan lebih banyak dikenakan pantang daripada lelaki. Pantang larangan yang dikenakan lelaki lebih kepada untuk mengekalkan keupayaan dan daya seks. Contohnya, air kelapa muda tidak digalakkan diminum oleh lelaki kerana dipercayai dapat melemahkan tenaga batin. Ianya jelas menunjukkan perlakuan yang bercorak pencegahan.
Pantang Larangan Kerana Warisan Atau Keturunan
Pantang ini berlaku kerana sumpahan yang dibuat oleh nenek moyang mereka. Sumpahan ini menyebabkan keturunan mereka tidak dapat memakan makanan yang tertentu disebabkan sumpahan dari nenek moyang. Mereka terpaksa mengikuti pantang tersebut bagi mengelakkan dari terkena malepetaka. Contohnya, terdapat beberpa buah keluarga yang tidak boleh makan makanan laut seperti sotong dan sebagainya, dan juga tidak boleh memakan makanan tertentu. Ia berbeza antara keluarga masing-masing dan ditentukan oleh sejarah nenek moyang mereka.
` Kepercayaan berkaitan sumpahan seperti itu masih kuat dalam kalangan masyarakat Melanau di Sarawak. Mereka begitu berhati-hati dalam pemakanan supaya tidak tersalah makan dan kemudiannya ditimpa musibah.
Pantang Larangan Kerana Kepercayaan
Kepercayaan juga boleh menyebabkan wujudnya pantang larang. Masyarakat Melanau mempercayai bahawa pemakanan hendaklha dijaga dengan betul bagi tidak menimbulkan kemarahan semangat. Malahan, dikhuatiri sekiranya tidak diikuti akan mendapat malepetaka.
Contohnya,, Masyarakat Melanau mempercayai bahwa kanak-kanak tidak boleh memakan ketam untuk mengelakkan daripada terkena penyakit kulit. Kanak-kanak juga tidak dibenarkan makan buah bilin. Ini kerana masyarakat Melanau percaya buah bilin menyebabkan kanak-kanak perempuan akan mati beranak ketika besar nanti, manakala bagi kanak-kanak lelaki pula, kemungkinan dia akan mati lemas atau dibaham buaya.
Pantang Larangan semasa mengandung
Pantang larang semasa mengandung bagi masyarakat Melanau adalah sama dengan masyarakat lain terutamanya masyarakat Melayu. Ianya adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi tersebut. Pada peringkat awal, makanan yang bersifat panas dan tajam perlu dielakkan kerana mampu merosakkan janin yang sedang membesar. Contohnya, nenas, tapai air, tebu dan durian yang boleh menyebabkan keguguran.
Selain itu, mereka tidak dibenarkan makan buah nangka dan cempeda kerana ditakuti terjadi kes sukarbersalin. Hal ini kerana kulit kedua-dua buah tersebut keras dan tebal.Selain itu, buah nangka juga dipercayai boleh menyebabkan penyakit meroyan selepas bersalin.
Kesimpulannya, setiap pantang larang ini adalah mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Walaupun begitu, ia tetap adalah tinggalan nenek moyang masyarakat Melanau dan melambangkan identiti mereka. Setiap kaum mempunyai pantang larang masing-masing dan Melanau khusunya mempunyai pantag larangan yang unik dan menarik.
Kommentare