Nurul Azliz Balqish Binti Nor Azman
Email: aqbalqish@gmail.com
"Gapailah kejayaan dengan bersungguh-sungguh"

Istilah Kadazandusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipula, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu ketara Cuma dari segi bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.
Momogun hanyalah perkataan Kadazan untuk menyiratkan seseorang yang tinggal di suatu kawasan tanpa mengira sama ada mereka adalah Kadazandusun atau kaum lain. Untuk mengatakan bahawa Momogun boleh menjadi nama genetik untuk menggantikan Kadazandusun.
Akan tetapi, Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) telah menegaskan pendirian bahawa penggunaan istilah ‘Momogun’ atau ‘Mamasok’ paling sesuai, adil dan penyelesaian terbaik untuk merujuk kepada penduduk asal Sabah.

Penggunaan istilah-istilah yang tidak difahami oleh kebanyakan masyarakat Kadazandusun serta penggunaan bahasa mistikal sehinggakan usaha untuk menterjemahkannya menjadi satu tugas yang sangat mencabar menurut Arena Wati (1978:10), Raymond Boin Tombung, (1997:33).
Negeri Sabah merupakan negeri yang kaya dengan budaya dan warisan peninggalan nenek moyang yang masih diusahakan untuk dikekalkan sehingga sekarang. Oleh itu, momogun, mamasok seringkali gemar mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria khususnya ketika Pesta Kaamatan yang disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei pada setiap tahun selain menari Tarian Sumazau.
Sumazau merupakan sejenis tarian tradisional Malaysia yang berasal dari Negeri di Bawah Bayu. Dalam bahasa Kadazandusun, makna kata Sazau membawa maksud tarian manakala
perkataan Sumazau pula membawa maksud menari.
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi momogun, mamasok yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritual ini dipenuhi dengan pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyembah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian Sumazau dipersembahkan sekurang-kurangnya oleh sepasang penari, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Penari lelaki memakai sigar (destar) dan penari perempuan memakai saraung (alas kepala). Mereka mula menari agak perlahan kerana kesemua gong tidak dipalu serentak.
Kemudian, rentak tarian Sumazau menjadi harmonis selepas semua bunyi paluan gong bersepadu mengikut rentak paluan 7 atau 8 gong. Semasa menari tarian Sumazau, tangan dihayun ke hadapan dan ke belakang serentak dengan enjutan kaki kanan dan kaki kiri. Gerak tari seperti itu menyampaikan makna semangat tabang (gotong-royong) dalam mengusahakan tanaman padi
Apabila rentak paluan gong telah harmonis, kaum lelaki akan bertempik, "He ... he!" Tempikan ini menandakan bahawa telah tiba masanya untuk menukar gerak tari. Selain itu, ianya sebagai pernyataan rasa gembira kerana Bambarayon atau semangat padi telah memberi hasil tuaian padi yang banyak pada tahun tersebut.
Perkembangan seni tarian Sumazau pada masa sekarang semakin diminati kepada masyarakat sekeliling terutamanya golongan muda untuk menonton acara seni persembahan yang diwarisi. Perkara ini memberi kesan yang positif kepada mereka dalam meminati seni tarian Sumazau kaum Kadazandusun.
Seiring dengan ini, momogun, mamasok berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah dengan memakai Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang yang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki.
Manakala, Pakaian Traditional Suku Kaum Dusun Tambunan dipanggil 'Sinombiaka' bagi yang telah dipermodenkan.Manakala jenis yang asal dikenali dengan nama 'Sinombiaka Rombituon',di mana mempunyai hiasan lebih ringkas. Serta Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak '.
Baju ini selalunya menggunakan kain hitam atau kain baldu yang bersulamkan benang emas. Sering dipakai ketika sambutan Pesta Menuai. ‘Sinuangga’ dilengkapi dengan perhiasan ikatan pinggang yang dipanggil ‘Himpogot’ dan ‘Tangkon’.

‘Gaung’ dihiasi dengan renda keemasan dan butang betawi dengan topi yang dinamakan ‘Siga’ tanjak dari kain dastar yang ditenun, ia juga disertakan dengan ‘Sandangon’ hiasan daripada daun palma hanya dipakai ketika mempersembahkan tarian Sumazau yang dipakaikan secara menyilang pada tubuh badan.
Momogun, mamasok hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga. Lazimnya, mereka menetap di sekeliling kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Intihannya, momogun, mamasok menghantui Malaysia dengan cara dan keunikannya yang tersendiri. Khususnya, tarian tradisional dan juga pakaian tradisional yang telah diwarisi sejak turun-temurun dari zaman nenek moyang mereka lagi.
Comments