(WARNA WARNI INDIA)
Nur Afiqah Fatin Binti Mohamad Radzi
Email: afiqahfatinr@gmail.com
"Turn your Wounds To Wisdom"

Va!!Va!!Va!!!Salam satu Malaysia, salam muafakat warga-warganya. Masyarakat india merupakan masyarakat etnik ketiga terbesar di Malaysia, ianya juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Salah satu keistimewaan kaum india ialah dari segi makanan dan perayaan mereka. Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain ,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Setiap bangsa dalam negara mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka. Bagi kaum India, mereka merayakan perayaan mereka tersendiri seperti deepavali, thaipusam dan ponggal bagi setiap tahun. Perayaan ini merupakan satu pesta keraian bagi menyambut sesuatu kejadian atau meraikan suatu benda dengan penuh kesyukuran.
Perayaan yang pertama ialah Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Perayaan seterusnya ialah Thaipusam. Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang India. Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. Perayaan Thaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Aktiviti ini dilakukan setelah individu tersebut bernazar, tetapi tidak semua penganut Hindu melakukan nazar ini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Perayaan seterusnya ialah perayaan Ponggal. Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi keluarga.
Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang menyuburkan tanah selepas hampir setahun bercucuk tanam.
Pada hari kedua pula, Surya Ponggal disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya Ponggal memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama Hindu di Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan untuk memasak Ponggal dalam periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara akan bangun awal untuk membentuk ‘kolam’ menggunakan beras berwarna di halaman rumah. Pintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan pewarna ‘kum kum’ bagi menceriakan lagi suasana.
Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani. Ia bukan sahaja merupakan hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan yang serba baik.Seterusnya ialah, apa yang lebih vavavoom mengenai keunikan kaum india ini ialah mengenai keistimewaan makanan-makanannya. Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme dalam kalangan masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakannya. Hidangan pertama ialah nasi daun pisang, Nasi daun pisang merupakan satu hidangan istimewa yang berasal daripada negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, dan Andhra Pradesh di India. Ia merupakan hidangan bagi pemakan sayuran yang berasal dari India Selatan.
Hidangan ini mendapat namanya daripada daun pisang yang digunakan sebagai alas nasi, menggantikan pinggan makan. Ia merupakan amalan biasa di India selatan dan negara-negara Asia. Ramai yang mempercayai bahawa haba dari nasi panas menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang membantu penghadaman. Selain itu, daun pisang yang panas akan menghasilkan bau harum yang menambah selera makan. Pada asasnya, hidangan daun pisang adalah hidangan sayuran dengan tiga atau empat jenis masakan sayuran ditawarkan. Biasanya salah satu sayuran tersebut dihidangkan dengan dipotong halus dan digaul mentah bersama susu masam yourgat.
Makanan seterusnya ialah muruku, muruku juga merupakan makanan kudap-kudapan orang melayu. Kerana itulah kita 1 Malaysia. Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.
Tosai juga merupakan kudap-kudapan harian buat kaum india. Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Seterusnya ialah idli, idli adalah makanan yang berasaskan tepung beras, Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi. Menarik bukan!

Akhir sekali ialah ulundu vadai. Ulundu vadai ialah Vadai atau vada, wada, vade, disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
Adat resam kaum india sedikit sebanyak mempengaruhi adat resam kaum melayu, maka terdapat beberapa persamaan yang dapat dilihat. Kaum india juga mahukan adat mereka terpelihara dan diikuti oleh anak cucu mereka. Mereka perlu pelihara ia untuk generasi akan datang disamping menjadi sebab dan faktor penarik bahawa negara kita kaya dengan budaya dan adat resam.
Comentarios