top of page

MAJALAH

rasam

Search

SUDUT ATAI KAUM INDIA

Writer: mixmalaysianpublicmixmalaysianpublic

Updated: Dec 14, 2018

Najwa Albi Binti Majilan

najwamajilan@gmail.com

"Dreams' big is dreamer things"



Kaum india terdiri daripada pelbagai suku kaum yang menjadikan pemakaian dalam kaum india sangat perlbagai. Kaum india terdiri daripada Tamil, Telegu dan Bahmin hampir berkongsi pemakaian yang sama. Ātai dalam bahasa india bermaksud busana iaitu pemakaian. Kebiasaannya kaun india sangat menggemari rona warna yang terang yang mampu menaikkan seri terutama kepada kaum wanita. Tidak ketinggalan juga, pakaian kanak-kanak yang sangat cantik dan comel juga ada jenis-jenis yang tersendiri.




Antara keunikan pakaian kaum india adalah dari segi pemakaiannya serta reka bentu setiap pakaian yang dipakai oleh si pemakai. Pemakaian kaum india dapat dikategorikan kepada 3 iaitu pakaian lelaki, pakaian wanita dan juga kanak-kanak.

Antara pakaian untuk kaum lelaki ialah Dhoti. Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki juga pernah dikenali sebagai paridhana. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih. Kain putih itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Banyak di pakai oleh golongan ceti serta juga dipakai oleh golongan wanita. Bagi pemakaian golongan wanita kebiasaanya dipakai sebagai kostum untuk tarian.












Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India. Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Selalunya dipadankan dengan salwar, seluar longgar atau seluar churidar. Dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan. Kurta juga boleh dipakai dengan dhoti.












Pakaian bagi wanita pula terdapat beberapa jenis antaranya ialah Sari. Sari merupakan pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakannya jarang dan lembut.



Sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Sari juga dipakai secara berbeza mengikut 3 etnik kaum india iaitu etnik Telegu, Brahmin, Malayalam dan Tamil. Sari dipakai oleh golongan wanita dewasa.



Seterusnya ialah Salwar Kameez. Salwar Kameez atau Punjabi adalah popular dalam kalangan kaum wanita India. Punjabi terdiri daripada blaus yang panjang dengan seluar yang panjang yang longgar serta selendang yang sesuai dengan warna punjabi itu. Wanita India gemar memakai dupatta (kain seperti selendang) di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.














Lain pula bagi golongan kanak-kanak perempuan yang mempunyai pakaian mereka yang tersendiri. Pakaian Pattupavadai sering dipakai oleh golongan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun. Pattupavadai digayakan oleh kanak-kanak kecil agar nampak lebih sopan dan comel.















Seterusnya ialah pakaian kanak-kanak perempuan Pavadai Thavani. Pavadai thavani sering dipakai oleh kaum perempuan yang berumur 13 hingga 18. Yang bermaksud pakaian ini sering digayakan oleh kanak-kanak remaja. Ini adalah bertujuaan untuk menggayakan pemakaian yang sopan bagi golongan remaja perempuan.




 
 
 

Comments


© 2023 by The Artifact. Proudly created with Wix.com

bottom of page