Adela Celesty Joseph
Email: adela.celesty@gmail.com
"it's now or never"
6 perkara yang anda perlu tahu tentang pakaian dan permainan tradisonal kaum cina
“Cheongsam dan Samfu ini hanyalah pakaian klasik dan bukannya pakaian tradisi.”
Dunia umumnya mengetahui Cheongsam bagi perempuan dan Samfu bagi lelaki adalah pakaian tradisional masyarakat China dan kita juga kebiasaanya melihat pakaian ini dipakai ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tetapi tahukah anda sebenarnya Cheongsam dan Samfu ini hanyalah pakaian klasik dan bukannya pakaian tradisi.

“Cheongsam yang kita kenali pada hari ini tidak dipanggil Cheongsam tetapi dipanggil Qipao”.
Asalnya Cheongsam dan Qipao ini ialah dua benda yang berbeza dimana Qipao mempunyai potongan yang longgar, lebar dan hanya memperlihatkan bahagian kepala dan jari sahaja. Pada zaman dahulu, wanita diwajibkan untuk memakai pakaian ini kemana sahaja dan potongan untuk setiap kolompok usia juga tiada bezanya.Bersama peredaran masa,Qipao yang asalnya kelihatan sopan dan longgar bagi menyembunyikan susuk tubuh si pemakai akhirnya mengalami perubahan.Versi moden Qipao yang ketat dan singkat pada hari ini dikenali sebagai Cheongsam.
“Dimodenkan mengikut peredaran zaman”

Revolusi perubahan qipao yang sopan kepada cheongsam yang kita lihat pada hari ini juga ada persamaannya dengan revolusi pakaian tradisonal orang melayu iaitu baju kurung. Jika dahulu baju kurung yang dipakai labuh,longgar dan tidak menampakkan bentuk badan tetapi baju kurung yang dijual dipasaran hari ini kebanyakannya singkat, ketat dan mengikut bentuk badan.Ia telah dimodenkan mengikut peredaran zaman tetapi saya tidak melihat ini satu perubahan yang bagus dimana nilai tradisional yang terdapat pada baju tersebut telah hilang dan kita boleh lihat ia dimodenkan seperti ada kainnya yang terbelah hingga ke paras lutut. Baju kurung juga sama seperti pakaian tradisi China Hanfu, mempunyai nilai kesopanan buat si pemakai tetapi pakaian versi moden ini telah menghakis kesemua elemen tersebut.
Yoyo cina mendidik menjadi lebih fokus
Yoyo cina atau dikenali juga sebagai diabolo bukan sekadar permainan hiburan sahaja bahkan salah satu aktiviti senaman untuk menguatkan mental dan fizikal. Diabolo boleh dikatakan salah satu tarikan untuk mengajak orang ramai melakukan senaman dengan cara yang berbeza. Anda boleh peruntukkan kira-kira 15 minit setiap hari untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh. Disebabkan anda perlu menjaga keseimbangannya, fikiran akan sentiasa bergerak dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap putaran diabolo. Jadi, ia merupakan salah satu cara untuk mendidik pemain supaya memberi sepenuh perhatian terhadap apa jua kerja yang dilakukan.
“ Mahjong pernah diharamkan”
Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
Catur Xiangqi China bukan dicipta oleh seseorang,
Tetapi ia merupakan perkembangan sejarah dan budaya zaman purba China. Teori tradisional China berkait dengan Yin dan Yang dan ramalan yang menggunakan ilmu falak yang sangat popular pada zaman dahalu. Inilah punca catur ini berkembang menjadi sejenis permainan yang mempunyai konsep peperangan. Dapatan ini adalah menurut catatan dalam buku Sejarah Budaya Sains China yang ditulis oleh seorang cendekiawan terkemuka di Britain, iaitu Doktor Joseph Lee. Catur ini adalah permanian tradisional cina yang masih popular dan digemari dalam kalangan rakyat cina hingga sekarang dan menjadi mutiara dalam khazanah budaya zaman purba China.
Comments